Isnin, 17 Mac 2014

SATU LAWAN SATU DI PRK N. 51 BALINGIAN..

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian di Dewan Suarah Mesra Mukah berlangsung dengan lancar sejak pukul 9 pagi ini.



Calon Barisan Nasional (BN), Yussibnosh Balo, 48, tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ,Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) I, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Timbalan Presiden PBB II, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan menteri-menteri dari kabinet negeri pada jam 8.55 pagi.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, Abdul Jalil Bujang, 55, tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.07 pagi sambil diiringi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan pemimpin-pemimpin kanan parti pembangkang yang lain.

Pada pukul 10.00 pagi.Pengumuman nama kedua-dua calon berkenaan dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof .






Tiada ulasan:

Catat Ulasan