Jumaat, 21 Mac 2014
PAKATAN PEMBANGKANG YAKIN KALAH PRK BALINGIAN....
Pihak Pakatan Rakyat yang agresif berkempen dari rumah ke rumah,surau ke surau serta mendekati pengundi di kedai-kedai dan gerai,namun sambutan pengundi agak hambar dan kurang yakin dengan calon mereka.
Hakikat ini disedari sendiri oleh Pakatan Rakyat terutamanya PKR Sarawak.Setiap isu yang dibawa oleh PKR sudah dapat ditangkis oleh BN.Isu SMK Balingian sudah pun selesai setelah TPM mengumumkan peruntukan sebanyak RM 60 juta untuk pembinaan sekolah tersebut dengan kadar segera.
Perjuangan dan maruah parti perlu dipertahankan walaupun mengetahui mereka akan kalah dalam PRK Balingian ini. kata pemimpin masyarakat bernama Micheal.
PKR sendiri tidak menaruh harapan yang tinggi untuk menang.Adakah pengundi Balingian masih mahu menyokong calon PKR?
Bak kata Tim. Ketua Menteri Sarawak...." Calon PKR umpama tongkang yang hanyut...dan terdampar di muara sungai..".dan " Calon kitar semula ".NG harap pengundi dapat menilai sendiri calon mana yang mereka mahukan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan