Selasa, 6 Mei 2014

BN AKAN KALAH PADA PRU-14 ???







 BN akan kalah pada PRU-14 sekiranya pengiraan di atas di ambilkira.BN akan kehilangan kuasa untuk terus mentadbir MALAYSIA sekiranya perkara ini berlaku.

Kerajaan perlu bertindak sekarang sekiranya tidak mahu perkara ini berlaku.PR sekarang telah giat melaksanakan tektik untuk menjatuhkan BN. Jentera BN perlu bertindak dengan lebih pantas sekiranya inginkan kemenangan pada PRU-14 kelak.

Bak kata pepatah Melayu " MENYESAL DAHULU PENDAPATAN..MENYESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA "

BN hanya bergantung kepada UMNO dan parti kompenan dari Sabah dan Sarawak sahaja. Sekiranaya banyak kubu kuat BN Sarawak dan Sabah dapat di tawan oleh PR perkara ini akan berlaku.BN hanya dijangka akan dapat menguasai 92 kerusi sahaja.

Jumaat, 25 April 2014

KERAJAAN SARAWAK TANGGUNG SEPARUH BIL RAWATAN ADUN BUKIT ASSEK,SIBU.

Kerajaan Sarawak akan menanggung separuh bil rawatan  Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Bukit Assek,Wong Ho Leng yang kini menerima rawatan rapi di Singapura.

Ho Leng yang mengidap barah otak tahap tiga kini menerima rawatan rapi di Hospital Mount Elizaberth,Singapura.

Ketua Menteri ,Tan Sri Adenan Satem berkata bantuan tersebut disalurkan bagi meringankan beban yang ditanggung wakil rakyat DAP tersebut.

Selanjutnya....KLIK

Jumaat, 28 Mac 2014

RAKYAT N.51 BALINGIAN JADILAH PENGUNDI BIJAK....

Menjadi hak kita sebagai rakyat untuk memilih siapa calon yang kita pilih.Kita perlu bijak dan pandai memilih siapa calon yang kita pilih.

Di antara Ciri-ciri calon yang kita perlu pilih..

* Pemimpin yang mempunyai kekutan,kebolehan,ilmu,dan keupayaan untuk memimpin dan mentadbir.
* Pemimpin yang amanah dan boleh diberi kepercayaan-tidak rasuah dan tidak menyalahgunakan kuasa.
* Pemimpin yang berlaku adil dalam semua tindakan dan dalam semua keadaan.
* Pemimpin yang berlaku adil kepada semua golongan;tidak mengira kedudukan,agama atau bangsa.
* Pemimpin yang sentiasa meminta dan mengambil kira pandangan rakyat dalam membuat sebarang      
   keputusan dan tindakan.
* Pemimpin yang sentiasa bersedia untuk mendengar pandanagan atau menerima sebarang memorandum
   atau bantahan.

Ciri-ciri ini semuanya ada pada CALON BN. Jangan fikir-fikir lagi...UNDILAH CALON BN.
Banyak dah kita dengar tentang pimpinan PKR....adakah mereka mempunyai ciri-ciri di atas ???

"BUAT PILIHAN YANG BIJAK"

Bak kata pepatah  " IKUT RASA..BINASA....IKUT HATI MATI..."

JANJI MANISMU.....PADA BALINGIAN....

Risalah yang diedarkan oleh PKR diserata pelusuk kampung-kampung dan Pekan Mukah yang bertajuk "SIREH PULANG KE GAGANG" telah memaparkan janji-janji Calon PKR Hj. Jalil Bujang.

Di antara janjinya adalah :-

1. Menjadi suara rakyat Balingian N.51 di Dewan Undangan Negeri
2. Memperjuangkan penyelesaian pemasalahan air.
3. Memperjuangkan pembangunan pendidikan kepada rakyat Balingian.
4. Memperjuangkan dikembalikan hak tanah adat dan hak tanah milik kaum melanau.
5. Memperjuangkan nasib nelayan-nelayan bot-bot kecil.
6.Memperjuangkan untuk melonjakkan potensi industri pelancongan.

Adakah rakyat Balingian percaya semua janji-janji PKR.Ini cuma janji-janji manis untuk memancing undi.Jangan terus terpedaya dan terpesona dengan seniwara mereka.

Rakyat Balingian cukup terjamin dan pembangunan pun pesat dilaksanakan di DUN Balingian semasa calon BN menjadi wakil rakyat.Contoh yang dapat kita lihat ialah terbinanya IPTA.Dulu ada.....???

DUN Balingian " DULU LAIN...SEKARANG LAIN....DAHULU MUNDUR....SEKARANG DAH MAJU....DULU LAIN.....SEKARANG LAIN............"

Rakyat Balingian tidak perlulah hendak mengubah Wakil Rakyat di DUN Balingian...Teruskanlah perancangan BN di kawasan Balingian.Lupakan janji-janji mereka ....Tak dapat mereka (PKR) hendak menolong rakyat Balingian.Dalam Ceramah pun mereka menyatakan mereka tidak ada wang...macam mana nak beri pembangunan....

Jangan kita perjudikan nasib dan masa depan anak cucu kita....

"FIKIR-FIKIRKANLAH...." SAYANG SARAWAK...

UNDI HAK KITA....BERI PELUANG KEPADA KAMI....UNGKAPAN PKR...



Biasalah setiap kali ceramah ungkapan ini selalu dikeluarkan oleh penceramah jemputan PKR.Beri peluang pada kami untuk menjadi wakil rakyat di Balingian....Menang hari ini...kita lihat esok,apa yang berlaku...
Jika PKR menjadi wakil rakyat Balingian...Balingian akan dihujani pembangunan...kalau tidak percaya ...cuba undi PKR..itulah ungkapan dan cabaran yang selalu mereka lemparkan kepada pengundi Balingian.







Pembangunan yang dibawa BN sekarang merupakan satu tanggungjawab sesebuah kerajaan untuk rakyatnya....bukannya pembangunan...NG pun tidak faham apa tanggungjawab yang dimaksudkan ? dan apa pembangunan ?.Mereka pandai memutar belitkan fakta dan maklumat.Pengundi jangan keliru dengan kenyataan mereka.

Waktu berkempen biasalah...berani menabur janji....sudah menang hilang dari radar....Kita tengoklah sekarang...sebelum PRK Balingian ,ada mereka datang ke Mukah/Balingian?.Datang-datang kata ...DUN Balingian mundur...adakah patut.... baru datang sehari dua...dah kata macam-macam.

Kita sebagai anak jati Mukah/Balingian buktikan bahawa BN sahaja yang dapat memberi pembangunan,kesejahteran dan kestabilan ekonomi kita.

Tidak perlu kita hendak menyerahkan kepimpinan sekarang kepada parti yang dipimpin dan diketuai oleh seorang yang selalu keluar masuk mahkamah. Hal sendiri pun tidak larat hendak diselesaikan Inikan pula masalah negara...

FIKIR-FIKIRKANLAH.....KITA BUAT KITA DAPAT...UNDILAH CALON BN...TOLAK PKR..








PKR BAWA ISU LAMA DI PRK BALINGIAN...

Nampaknya Jentera PR yang datang ke PRK balingian membawa isu lama.Mereka ketandusan isu dan sentiasa memainkan isu-isu lama untuk berkempem di PRK Balingian.

Situasi ini menyebabkan kurangnya sambutan daripada penduduk setempat apabila mereka mengadakan ceramah.

Kebanyakkan isu yang dibawa diputar belitkan.Rasanya pengundi di Mukah/Balingian tidak akan terpedaya dengan isu-isu yang mereka bawa.

Mungkin mereka buta mata dan buta hati mengatakan DUN Balingian ini mundur dan penduduknya miskin.Pembangunan yang selama ini dibawa oleh Kerajaan BN merupakan tanggungjawab BN kata mereka dan bukannya pembangunan.

Isu BR1M juga selalu dimainkan disetiap ceramah mereka.Pada Pilihan raya Umum yang lepas PM telah berjanji kepada rakyat akan memberi RM 1,200.00 dan sekarang rakyat hanya menerima RM650.00.Mungkin PR tidak pernah menonton TV,tidak faham apa yang telah PM kita umumkan.BR1M akan diberi berperingkat-peringat sehingga RM 1,200.00 dalam masa 5 tahun.NG harap pengundi tidak terpedaya dengan ceramah yang mereka buat.

Isu-isu lain yang mereka bawa adalah isu mantan CM Pehin Seri semasa menjadi wakil rakyat di DUN Balingian pun tidak dapat membangunkan Mukah/Balingian ,inikan pula orang baru yang tidak ada jawatan dalam Kabinet Menteri.Sekiranya calon PKR diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat ,DUN Balingian akan dihujani pembangunan.

NG harap pengundi di DUN Balingian sedar dan buka mata.Lihat sekeliling kita dan bezakan apa yang ada dulu dan sekarang.Tidak ada cara lain kita hendak membalas budi Kerajaan BN melainkan kita "UNDILAH BARISAN NSIONAL "

MASA DEPAN ANAK CUCU KITA...KITA YANG TENTUKAN...BIARLAH MEREKA HIDUP DENGAN LEBIH SELESA DAN LEBIH MAJU DARIPADA KITA SEKARANG

Bak kata perpatah " TELAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR...TELAJAK KATA/PERBUATAN  BADAN BINASA '





Isnin, 24 Mac 2014

PKR KEKAL DI KAJANG..

Jangan salahkan kaum cina jika kita kalah di Kajang. Mungkin tawaran BN di Kajang tidak cukup untuk menawan hati kaum Cina berbanding PKR.

Janji BN hanyalah dalam aspek kemakmuran,ekonomi dan pelajaran..tidak seperti pihak PR ( PKR ) yang sanggup mengadai agama dan hak orang melayu.

Hapuskan hak-hak orang melayu....

UITM di buka untuk semua....

Beli rumah tidak ada kelas Bumiputera

ASB dihapuskan....

Kemasukan IPTA di samaratakan..tiada kuota bumiputera...

DEB juga di hapuskan....

Malah Kalimah ALLAH pun mahu diberi hak kepada mereka........dan Islam agama rasmi pun mereka sanggup pertaruhkan...

Adakah kita sanggup semua ini berlaku..sekiranya kita tidak mahu berlaku..Kita perlu pertahankan PRK Balingian tidak terus dijajah oleh PR.Jangan kitta merempat di negeri sendiri.

Sedarlah wahai bangsaku....dulu melayu khianat sebagai penyokong Kominis...kini....
Fikir-fikirlah sediri.....Sendiri mahu ingat.....

PKR MENANG LAGI DI KAJAANG....MODAL KE BALINGIAN..

Rasa bangga dan sombong..mereka akan datang ke Mukah bermodalkan kemenangan mereka di Kajang untuk modal mereka berceramah dan berkempen di Mukah.

"KAJANG DAH PILIH KAMI..DI BALINGIAN / MUKAH BILA LAGI...."mungkin ungkapan ini akan keluar di mulut mereka semasa mereka berkempen di PRK Mukah nanti..

Dalam sehari dua ini,akan ramai jentera PKR yang datang dari Semenanjung...untuk membantu PKR Sarawak berkempen.


Pengundi Balingian jangan mudah untuk terpedaya dengan hasutan dan janji-janji mereka.Mereka akan merayu kepada pengundi untuk memilih mereka kerana telah terbukti kewibawaan mereka setelah menang di Kajang.

Jentera BN perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon BN.Jangan terlalu leka...walaupun dalam kertas BN boleh menang...tapi mereka mempunyai banyak helah dan tipudaya dalam pilihanraya...apa-apa boleh berlaku....

" HIDUP BARISAN NASIONAL "

" LOVE SARAWAK "

Ahad, 23 Mac 2014

JENTERA PKR DAPAT DUIT CABUT LARI....

Macam ya lah orang yang sik setia dengan parti...Orang macam tuk cuma nak ambik duit ajak...bukan nak berkorban untuk parti.

Jentera sidak PKR pun sik setia dengan parti...Jadi sik perlulah kita orang BN nak gikut-gikut sidak PKR.

Jentera PKR..pun tauk sidak kalah....buang masa jak sidak di Mukah..Gabis beras sidak Mukah jak...Bagus sidak pulang...kata seorang penyokong PKR..

Ikuti cerita seterusnya... KLIK

TPM LULUS BINA DUA BUAH SEKOLAH DI PRK BALINGIAN...

Kelulusan Kerajaan BN untuk membina SMK Balingian dan SK Kampung Telian ,Mukah merupakan tanda keperihatinan Kerajaan BN sekarang kepada rakyat dan kesungguhan Kerajaan BN menunaikan janji-janji kepada rakyat.


Peruntukkan yang telah diumumkan sebanyak RM 79 juta bagi membiayai kedua-dua buah sekolah tersebut oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan mengembirakan penduduk setempat.Ini membuktikan kerajaan sekarang tidak mengabaikan kemajuan dan keperluan di kawasan luar bandar..

Sukar di gambarkan perasaan penduduk setempat setelah TPM mengumumkan perkara tersebut.Itulah berita yang mereka ingin dengar selama ini.

ikuti seterusnya.... KLIK

PR DATANG LAGI....CERAMAH PERDANA NUAR.....

Sik jemu-jemu sidak tuk nak molah ceramah...walaupun sidak tauk sambutan sik bagus...tapi usaha mereka diteruskan. Atang nak bulak dan nak madah perintah sik adil...Sidak ya yang adil. Yalah sidak atang nak negak KEADILAN.Lagi pun kinek tuk Nuar dah sabit kesalahan dan dihukum penjara  taun penjara...
Malam 25/3/2014 tuk Nuar memang gembak isu tuk.....

Kepada Pengundi BN..mun ktk nak dengar....turunlah..sama-sama kita dengar nak di bulak oleh Nuar....
Mun sidak pandey menang di Kajang...tangga kitak kelak ..alu besa kelaka sidak kelak.Harap kitak penyokong BN sik terpedaya dengan janji-janji sidak Nuar...........sik da sidak nak nunai janji.Waktu kempen ni dak berani..mun dah menang lak alu sik garik layak....

Cuba kitak nangga....lamak tuk ada Nuar pg Mukah tuk....Kelak datang alu madah Mukah / Balingian sik maju....rupalah Nuar / Penceramah tiap-tiap taun turun Mukah / Balingian.Sidak tuk datang waktu pilihan raya jak..lepas ya hilang dari rada....

Kamek NG harap pengundi di Balingian sik mudah keliru dengan fakta-fakta nak di padah sidak PR kelak...
Fikir masa depan anak cucuk kita ...Jangan sampey anak cucuk kita merempat di bumi dirik pun...
Undilah Calon Barisan Nasional......
Macam ni kita nak milih Parti yang di pimpin oleh sorang manusia yang keluar masuk penjara...

JANJI MANISMU.....PKR...KEKALKAN MENU BN....

" LAGU DAN LIRIK YANG SAMA DIDENDANGKAN OLEH PIHAK PAKATAN RAKYAT           ( PKR ) PADA PRK DI BALINGIAN.TIADAKAH ISU-ISU LAIN YANG HENDAK DIBAWA OLEH PAKATAN RAKYAT UNTUK KEMPEN KALI INI."




Isu rasuah,isu ketidakadilan dan agama sentiasa mainan PR di mana-mana pilihanraya. Sudah pasti mereka akan menabur janji-janji yang tidak masuk akal.Jika PR diberi kepercayaan "Pasti esok ada perubahan ".Itu adalah janji-janji kosong untuk meraih undi kerana bagi mereka itu adalah Menefesto mereka.

Jentera BN perlu bergerak dengan perpaduan yang kuat.Mendampingi,mendekati dan membelai hati pengundi dengan bijak untuk meraih undi mereka.Pengundi yang terdiri dari lapisan masyarakat,dari segi umur dan kaum.Jentera perlu mencari strategi dan mengenal pasti ancaman,kekuatan dan kelemah pihak PR dan BN itu sendiri.Hujah-hujah dan isu-isu dapat kita tangkis sekiranya kita sudah mengenalpasti kekuatan,kelemah dan ancaman PR dan sudah ada strategi untuk menagkis isu-isu mereka.

Tidak perlulah kita...nak mengubah " MENU " yang telah dibuat oleh BN kepada kita.Contohnya BR1M,eKASIH,buku teks percuma,yuran percuma dan banyak lagi manu-manu lain yang tujuan utama membantu rakyat.Tidak ada cara lain kita membalas semua itu melainkan kita terus memberi kepercayaan kepada pucuk pimpinan BN supaya terus mentadbir NEGARA MALAYSIA.Tak perlulah kita memberi peluang kepada mereka untuk mentadbir.Pentadbiran selama ini pun sudah terbukti dengan kemajuan yang ada.


Sabtu, 22 Mac 2014

POSTER GERGASI PKR...TIDAK LUNTURKAN SEMANGAT JENTERA BN...

Poster Gergasi PKR yang terletak di simpang Balingian / Mukah tidak melunturkan semangat jentera BN...malah lebih bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan calon BN.

Gambar Nuar,Kak Jah,Azmin dan Jalil tersenyum lebar untuk meminta simpati rakyat untuk mengundi PKR.Walaupun mereka sedar kemenangan tidak berpihak kepada mereka tetapi mengurangkan mejoriti undi  merupakan kemenangan bagi mereka.

Pengundi BN...bangkit dan tambah mejoriti turun mengundi dan mejoriti kemenangan BN.




CERAMAH PKR KAMPUNG PETANAK....19 ORANG HADIR...



Hebat sungguh ceramah PKR di Kampung Telian,Mukah.Sehinggakan tempat duduk pun kosong. Ha...ha..ha...

Tak perlulah nak habiskan air liur tu....ceramah sana-sini,tapi tak ada sambutan...kasian ...

Siapa yang malu ?...mereka dan ahli PKR.....

Ikuti Kisah seterusnya......KLIK

Jumaat, 21 Mac 2014

PAKATAN PEMBANGKANG YAKIN KALAH PRK BALINGIAN....



Pihak Pakatan Rakyat yang agresif berkempen dari rumah ke rumah,surau ke surau serta mendekati pengundi di kedai-kedai dan gerai,namun sambutan pengundi agak hambar dan kurang yakin dengan calon mereka.

Hakikat ini disedari sendiri oleh Pakatan Rakyat terutamanya PKR Sarawak.Setiap isu yang dibawa oleh PKR sudah dapat ditangkis oleh BN.Isu SMK Balingian sudah pun selesai setelah TPM mengumumkan peruntukan sebanyak RM 60 juta untuk pembinaan sekolah tersebut dengan kadar segera.

Perjuangan dan maruah parti perlu dipertahankan walaupun mengetahui mereka akan kalah dalam PRK Balingian ini. kata pemimpin masyarakat bernama Micheal.

PKR sendiri tidak menaruh harapan yang tinggi untuk menang.Adakah pengundi Balingian masih mahu menyokong calon PKR?

Bak kata Tim. Ketua Menteri Sarawak...." Calon PKR umpama tongkang yang hanyut...dan terdampar di muara sungai..".dan " Calon kitar semula ".NG harap pengundi dapat menilai sendiri calon mana yang mereka mahukan.

PERANG POSTER DAN BENDERA BARU BERMULA....

Setelah enam hari berlalu selepas hari penamaam calon.Perang bendera baru bermula.




Khamis, 20 Mac 2014

CALON BN DI SOKONG PENGUNDI DALAT....



Calon seorang yang peramah dan terbaik untuk dijadikan wakil rakyat Balingian kerana mempunyai pengalaman yang luas dan berpendidikan tinggi.Sesuai sangat untuk diundi oleh pengundi Balingian...

****** UNDI JANGAN TAK UNDI.....UNDI BN....

PENDUDUK DALAT MARAH???? BN PILIH YOSSIBNOSH BALO....



Penduduk Dalat marah kerana Yossibnosh  Balo dipilih sebagai Calon BN di PRK Balingian.Mereka  telah kehilangan seorang Pegawai Daerah yag berjiwa rakyat dan peramah.

Penduduk Dalat mengharapkan sokongan penuh pengundi Balingian untuk calon BN.Rugi jika tidak memilih beliau.

Cerita seterusnya..KLIK

TPM LULUS RM 60 JUTA. BINA SEKOLAH MENENGAH BALINGIAN DI PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT.....





YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin (TBM) menghadiri Program pemimpin bersama rakyat di SK Parish Balingian, sebentar tadi. TPM telah mengumumkan RM 60 juta untuk pembinaan Sekolah Menengah Balingian dan akan dibina dengan kadar segera.


PKR DAN DAP SARAWAK TIDAK SEHALUAN ?????

Pakatan Rakyat telah memutuskan PKR akan bertanding dalam pilihanraya kecil N51 Balingian yang akan diadakan pada 29 Mac nanti.Perkara ini telah menyinggung perasaan DAP Sarawak.

Harapan PKR untuk menawan kerusi ini dari BN dilihat begitu sukar kerana kawasan ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional.







Semasa majlis pengumuman calon PKR, Abd Jalil Bujang yang lepas, lambang DAP dilihat duduk ditengah-tengah, seolah-olah DAP yang akan bertanding dalam PRK tersebut bukan PKR.Ini membuktikan perpecahan sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat.

DAP berhasrat untuk meletakkan calon mereka dan telah mempersiapkan calonnya, Dr. John Brian untuk bertanding di Balingian tapi dikatakan kecewa bila status quo dikekalkan di kawasan itu dan calon PKR juga yang dinamakan sebagai calon.

Hasrat DAP dan usaha terkubur untuk meletakkan Dr. Brian sebagai calon bebas dalam pertandingan tersebut kerana campur tangan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Jentera DAP dikatakan masih tidak berpuas hati dengan ada diantaranya mengadakan program sendiri sepanjang kempen ini berlangsung tanpa melibatkan calon yang bertanding.

Ada juga laporan yang mengatakan penceramah-penceramah DAP memperlekehkan calon PKR, terutama statusnya yang beragama Islam.  

***** KLIK







SEJARAH BN DI BALINGIAN....

DUN Balingian merupakan kubu kuat Barisan Nasional sejak tahun 1991.Pada tahun 1991 hingga 2001 ADUN adalah Abdul Ajis Abdul Majeed dari Barisan Nasional.Tahun 2001 hingga 28. Februari 2014 ADUN adalah Mantan Ketua Menteri Sarawak juga dari Barisan Nasional.





Dengan pemilih berdaftar Februari 2014. Jumlah pengundi adalah seramai 13,336.Pengundi terdiri daripada Kaum Melanau 9,301 orang (69.6%),Kaum Cina 1,674 orang (12.5%),Kaum Iban 2,356 (17.6%),Kaum Bidayuh 17 orang (0.1%),Kaum Orang Ulu 12 orang (0.1%),Lain-lain 6 orang (0.1%)


Setelah sekian lama calon BN menjadi wakil rakyat di Balingian.Banyak pembangunan yang telah dibawa oleh BN.Oleh itu,pengundi di Balingian perlu bijak untuk memilih.

CALON PKR CUBA NASIB.....MINTA SIMPATI PENGUNDI BALINGIAN...

Calon Pakatan Rakyat (PKR) bertanding dalam Pilihan Raya Kecil N. 51 Balingian lebih kepada motif untuk mencuba nasib setelah tidak di pilih oleh pengun di DUN Jepak pada PRN 11 yang lalu.



Jalil pernah terseungkur di Dun Jepak di tangan calon BN yang kini disandang oleh Datuk Talib Zulpilip.Oleh itu kita sebagai pengundi,perlu bijak menilai.Sedangkan orang Jepak,Bintulu tidak menyokong Jalil.Adakah pengundi Balingian perlu mengutip calon tersebut sebagai wakil rakyat Balingian? Fikir sebagai orang yang waras.......jangan terlalu mengikut perasaan.

Bak kata pepatah " TELAJAK PERAHU DAPAT DI UNDUR..TELAJAK KATA/PERBUAT BADAN BINASA "

selanjutnya....

JANGAN BERI UNDI PADA PKR....


Ceramah yang lepas Jalil minta simpati pengundi supaya diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat untuk tempoh 2 tahun.Jika tidak berjaya menjadi wakil rakyat dalam tempoh 2 tahun setelah dipilih rakyat, Jalil sanggup dilempar dengan telur buruk...

Kepada pengundi...tak perlulah tunggu lepas 2 tahun nak lontar telur....sekarang pun boleh lontar......
NG nasihatkan janganlah beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menjadi wakil rakyat di Balingian.Dalam kempen pun mereka cakap tak ada duit....macam mana nak menjadi wakil rakyat...

*JANGAN SAMPAI BALINGIAN DILIWAT OLEH NUAR...........


Rabu, 19 Mac 2014

KOLEKSI GAMBAR KEMAJUAN MUKAH....PIMPINAN BN....

Pembohongan pihak pembangkang adalah bohong belaka..." bulak kata orang kampung NG".Daripada koleksi gambar ini Mukah adalah sebuah tempat yang telah maju berbeza dari dahulu. "Aku yang dulu...bukanlah yang sekarang....Dulu tak maju...Sekarang banyak kemajuan dan peluang pekerjaan"...

Ikuti seterusnya...KLIK..

CERAMAH PKR...HAMBAR...

Ceramah terbuka yang dianjurkan oleh Pihak Pakatan Rakyat ( PKR ) hambar dan tidak mendapat sambutan yang diharapkan.Dianggarkan 150 yang hadir dalam dalam ceramah tersebut.

Ceramah telah diadakan di Perkarangan Bilik Gerakan PKR Mukah,jam 8.30 mlm.

Turut hadir dalam ceramah tersebut diantaranya:-

1. Tuan Hj. Mat Sabu.
2. YB. See Chee How
3. Abg. Zulkifli Abg. Engkeh
4. Voon Shiak Ni
5. Nor hanim Dato Hj. Mokhsen
6.Tuan hj. Abdul jalil Bujang ( calon )

Suasana semasa Ceramah PKR




BERI PELUANG KEPADA CALON PKR .....PRK BALINGIAN

Pihak Pakatan Rakyat merayu kepada pengundi di Mukah supaya menyokong dan mengundi Calon PKR Tuan Haji Jalil Bin Bujang dalam pilihan raya kali ini.Calon BN telah lama menjadi wakil rakyat disini dan bagilah peluang untuk calon mereka menjadi wakil rakyat kali ini.

Sekiranya calon mereka menang...kita lihat esok akan berubah.....Sekiranya calon mereka tidak mampu berkhidmat dengan baik maka pilihlah semula calon BN pada PRN akan datang (2016).



Dalam kempen kali ini,mereka telah memainkan isu agama,kehilangan MH370,rasuah BRIM dan ketidakadilan Mahkamah yang telah menghukum Anwar.

BN semala ini tidak tulus dalam memerintah dan mengaut keuntungan untuk diri sendiri sehingga mengabaikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.Pemberian BRIM adalah satu sandiwara BN untuk memancing undi.

PKR menyeru supaya pengundi tidak lagi bodoh dan jangan diperbodohkan oleh Kerajaan hari ini.Mereka perlu bangkit untuk menentang ketidakadilan dan penindasan yang dilakukan oleh Kerajaan BN.

Pihak PKR kali ini lebih menumpukan perhatian kepada pengundi muda untuk bangkit menetang kerajaan.Mereka perlu berubah dan ubah tradisi lama.

PKR ANGGAP N. 51 BALINGIAN MUNDUR ???

Ketua Wanita Sarawak telah mengeluarkan kenyataan bahawa Balingian/Mukah masih mundur.Sepatutnya Daerah yang diwakili oleh Ketua Menteri selama ini sudah maju dan lebih membangun dari daerah-daerah lain.

Mungkin mereka baru sekarang pergi ke Mukah.Tidak dapat membezakan Mukah kini dan Mukah sekarang.

Pihak PKR telah mengaitkan ketiadaan Sekolah Menengah di Balingian sebagai isu betapa ruginya pengundi di Balingian.Mana perginya pendapatan Negeri Sarawak selama ini.Sepatutnya di Balingian sudah mempunyai Sekolah Menengah dan tidak perlu pergi ke Mukah.


Kos kehidupan yang semakin meningkat dan subsidi minyak dikurangkan menyebabkan kenaikan harga barang akan membebankan pengundi untuk berulang alik menghantar anak ke sekolah.

 
 



ISU AGAMA MENJADI TARUHAN PKR DI PRK BALINGIAN.......


Mencalonkan Yussibnosh Balo, bekas Pegawai Daerah Dalat yang merupakan rakyat tempatan, berbangsa Melanau, bukan Islam dan amat dikenali masyarakat tempatan dijangka akan dapat meneruskan rentak kemenangan BN di DUN Balingian.


Pakatan Pembangkang akan berkempen menggunakan isu kaum agama. Ini kerana kedua-dua calon yang bertanding berbeza agama.Sedangkan di Balingian adalah kebanyakan pengundinya adalah beragama Islam.

Pakatan Pembangkang khususnya PKR Sarawak dalam memulakan kempen PRK Balingian akan mendekati majoriti daerah mengundi yang beragama Islam.PKR menggunakan pendekatan naik rumah ke rumah,mengedarkan risalah dan ceramah terbuka.
 
 
 
 

Selasa, 18 Mac 2014

SOKONG BN...." MURTAD " ?????

Bak kata pepatah orang melayu..."Mengata Dulang Paku Serpih...Mengata Orang Diri Yang Lebih....".Begitulah ungkapan yang layak untuk PKR di PRK Balingian.

Cermin-cerminlah diri sendiri...jangan nak mengatakan calon BN beragama Kristian...orang yang sokong BN akan " MURTAD ".

PKR sendiri yang bersekutu dengan DAP tak apa.DAP dipimpin oleh siapa???? orang Islam??? atau.... orang Kristian???...

Tak kiralah calon itu...beragama Islam atau beragama Kristian...yang penting layak untuk menjadi wakil rakyat di Balingian.



Di N. 51 Balingian sudah banyak pembangunan yang diberikan oleh Kerajaan BN kepada rakyat...maka untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di Balingian kita perlu menyokong CALON BN.

PKR bukannya Parti dari Sarawak....tak perlulah sokong parti PKR...yang datang untuk berkempen pun dari luar...

* Fikir-fikirlah wahai penyokong PKR...tak sampai kemana jika PKR memerintah....fikir masa akan datang...jangan fikir masa sekarang.Adakah kita mahu anak cucu cicit akan merempat sautu hari nanti.
Siapa yang mereka yang berkempen untuk PKR???.....Bangsa Apa???....Agama Apa...jika tajuk di atas di bincangkan.....pandang-pandang....jeling-jeling.....

YUSSIBNOSH BALO....AKAN FOKUS PADA ASPEK AKADEMIK JIKA MENANG DI PRK BALINGIAN

Beliau merupakan seorang calon yang mulanya adalah dari keluarga miskin yang bergantung pada perusahaan sagu.Azam yang kuat untuk maju dalam bidang akademik dan menambah baik nasib keluarganya mugkin beliau tidak sampai ke tahab sekarang.

ikuti seterusnya ..KLIK.

Isnin, 17 Mac 2014

BN YAKIN MENANG DI PRK BALINGIAN...TAPI...JANGAN TERLALU YAKIN...

BN yakin akan memenangi PRK Balingian yang akan diadakan pada 29 Mac 2014 ini.Pada hari penamaan calon di anggarkan 3000 orang penyokon BN berarak menuju ke Dewan Suarah,Mukah dengan membawa bendera BN dan bendera parti Kompenen BN.

Manakala Parti PKR dianggarkan seramai 350 orang.Dari pandangan NG ( nexzgone ) kebanyakan penyokong PKR datang dari kawasan luar dari Balingian.

Walaubagimanapun,keadaan semasa penamaan calon berjalan lancar dan tidak ada sebarang berlaku keadaan yang tidak diingi.


Walaupun peluang untuk BN menang adalah cerah tetapi jentera BN perlu bekerja keras untuk menikmati kemenangan tersebut.Kita lihat dari mata kasar BN boleh menang mudah.Tapi apa-apa boleh berlaku dalam Pilihan Raya.

SATU LAWAN SATU DI PRK N. 51 BALINGIAN..

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian di Dewan Suarah Mesra Mukah berlangsung dengan lancar sejak pukul 9 pagi ini.



Calon Barisan Nasional (BN), Yussibnosh Balo, 48, tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ,Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) I, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Timbalan Presiden PBB II, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan menteri-menteri dari kabinet negeri pada jam 8.55 pagi.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, Abdul Jalil Bujang, 55, tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.07 pagi sambil diiringi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan pemimpin-pemimpin kanan parti pembangkang yang lain.

Pada pukul 10.00 pagi.Pengumuman nama kedua-dua calon berkenaan dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof .






BALINGIAN MAJU.........BN MEMERINTAH....

         Setelah sekian lama kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dimiliki Barisan Nasional (BN), terbukti rakyat tidak silap membuat pilihan kerana kawasan itu terus membangun.

         Bekas Pegawai Daerah Dalat, Yussibnosh Balo, 48, dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan menjadi calon BN pada PRK DUN Balingian hujung bulan ini.

         BN dijangka menghadapi pertandingan satu lawan satu menentang calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

         NG yakin dan percaya bahawa BN dapat menang mudah dengan sokongan yang baik daripada rakyat untuk memastikan pucuk pimpinan BN di Balingian dapat diteruskan.

          Kawasan Balingian khususnya telah menikmati banyak kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan semasa dipimpin oleh Taib yang telah lama berkhidmat untuk parti dan negara iaitu 33 tahun dalam pelbagai jawatan dalam parti dan kerajaan, lebih-lebih lagi menjadi wakil rakyat kawasan Mukah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian.Mukah adalah pusat bagi perkembangan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

         Taib, adalah tokoh agung yang menabur khidmat bakti cukup cemerlang dan meletakkan Sarawak sebagai antara negeri paling maju di Malaysia.



         BN berharap supaya calon BN yang diletakan dapat memenangi dan mendapat sokongan rakyat untuk memastikan pembangunan di kawasan Balingian akan lebih maju dan dapat meneruskan perancangan BN selama ini.














.


Ahad, 16 Mac 2014

CALON BN PRK BALINGIAN SUDAH TERJAWAB....

             Barisan Nasional (BN) memilih bekas Pegawai Daerah Dalat, Yossibnosh Balo sebagai calon untuk mewakili parti itu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada 29 Mac ini.
             Yossibnosh, 48, dipilih mewakili BN bertanding di kerusi yang dikosongkan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud kerana beliau merupakan berketurun Melanau,ramah kepada rakyat dan seorang yang baik hati,berpengalaman,mengetahui selok belok adat resam kaum melanau dan merupakan  calon terbaik berdasarkan kepada kelayakan yang  dimiliki.


              Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentabdiran Awam dengan kepujian dari Universiti Utara Malaysia (UUM), mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers di Mukah dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di SMK Binatang di Bintangor.

            Beliau pernah menjadi guru sandaran terlatih di SMK Three Rivers pada 1996, pegawai tadbir di Pejabat Daerah Simunjan, pegawai tadbir di Pejabat Daerah Matu dan Pejabat Daerah Bau serta Pegawai Daerah Dalat sehingga meletak jawatan," katanya.

Cerita selanjutnya......KLIK....

Jumaat, 14 Mac 2014

CALON MELANAU KRISTIAN DI PRK N.51 BALINGIAN ???

Calon BN untuk PRK Balingian adalah sebaik-baiknya adalah dari kalangan kaum Melanau Kristian.
 
Penganalisis Politik Sarawak Dr. Jeniri Amir memberitahu ,di antara dua calon yang layak untuk di pilih untuk bertanding mewakili BN dalam PRK Balingian ialah Datuk Anthony Valentine Laiseh      ( Bekas Reseden Mukah ) dan  Akit Sebli ( Bekas Setiausaha Kementerian Pelancongan Negeri )  dalam Utusan Borneo

Memandangkan keadaan di sekitar Balingian - Mukah adalah kebanyakan penduduknya adalah Melanau Kristian dan masih berpegang teguh dengan adat resam  maka  calon yang dipilih adalah mereka yang senang untuk  bergaul dan tahu tentang adat resam mereka dan tahu berbahasa melanau.

 Mukah yang juga merupakan kubu BN selama 40 tahun, mempunyai 13,467 pengundi, dengan kira-kira 70 peratus daripada mereka adalah Melanau, 20 peratus Iban dan 10 peratus Cina.

 Pada 2011, BN memenangi kerusi DUN Balingian dalam pertandingan tiga penjuru, mengalahkan calon daripada PKR dan calon Bebas, dengan majoriti 5,154 undi.


Khamis, 13 Mac 2014

CALON BN DI PRK N. 51 BALINGIAN DI UMUM SABTU INI...

            Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Balingian di Mukah, Sabtu ini.

             Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, berkata Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sudah pun memutuskan calon yang sesuai, namun pengumuman akan hanya dibuat Timbalan Perdana Menteri.



Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem

            N51 Balingian, kawasan pilihan raya majoriti Melanau, diisytihar kosong berikutan peletakan jawatan penyandang dan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 28 Februari lalu.

            Mukah yang juga kubu BN selama 40 tahun, mempunyai 13,366 pengundi, dengan kira-kira 70 peratus daripada mereka adalah Melanau, 20 peratus Iban dan 10 peratus Cina.

            Pada 2011, Taib memenangi kerusi DUN Balingian dalam pertandingan tiga penjuru, mengalahkan Suriati Abdullah daripada PKR dan calon Bebas, Datuk Salleh Jafaruddin dengan majoriti 5,154 undi.

CALON BN DI PRK BALINGIAN MENJADI TANDA TANYA ???


 Hanya tinggal 4 hari sahaja lagi penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Balingian di Sarawak akan diadakan, namun siapakah akan diketengahkan sebagai calon oleh parti masing-masing masih menjadi teka-teki.

       Menurut Adenan beberapa nama telah dikemukakan kepadanya untuk dipertimbang sebagai calon, tetapi beliau perlu berbincang dengan para pemimpin kanan BN negeri dan akan menyerahkan nama tersebut kepada Perdana Menteri dan nama calon akan di umumkan selewat-lewatnya pada hari Sabtu ini.

      Pada Pilihanraya yang lalu,kerusi Balingian dimenangi oleh Taib, dengan mengalahkan calon PKR Suriati Abdullah dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin dengan majoriti 5,154 undi dalam Pilihan Raya Umum 2013. – Bernama, 7 Mac, 2014.



Isnin, 10 Mac 2014

SENGKETA SPDP BERAKHIR...

Parti Demokratik Prograsif Sarawak (SPDP) akhirnya membuka semula ruang kepada empat ahli yang dikeluarkan daripada parti tersebut.

Mereka yang diterima semula ialah :-

1. ADUN Tasik Biru - Datuk Peter Nansian Ngusie.
2. ADUN Bekenu - Rosey Yunus
3. ADUN Batu Danau - Paulus Paulu Gumbang
4. ADUN Marudi - Datuk Sylvester Entri Muran

Langkah yang diambil oleh SPDP ini sebagai sesuatu yang sangat positif dan terbaik untuk memperkuatkan lagi rangkaian Barisan Nasional.

Adenan mengumumkan perkara ini semasa mengadakan sidang media di Wisma Bapa Malaysia.


Tan Sri William Mawan Ikom
Tan Sri Wiliam Mawan Ikom
Presiden SPDP

Khamis, 6 Mac 2014

SIAPA YANG LEBIH LAYAK PRN N.34 KRIAN ?


Tan Sri William Mawan Ikom - Asal: Nanga Nansang,Pakan
Jasmys Sadan Sagi- Asal: Pangey Kalaka
Dr. Gluma Saban- Asal: Babu Bukit Saban
Enturan Luta- Asal: Emplai Krian
Dom Silang Patrick Engkasan- Asal Engkudu Krian

Sebagai rakyat kita memang menjadi penentu kepada kemenangan calon.Tapi setiap hak yang ada kepada kita,kita perlulah berfikir secara bijak dan waras.Keputusan ditangan anda.....siapa pilihan anda....fikir-fikirkanlah...

Boleh kuat macam ‘king kong’

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
Betong: “Pil seks Thailand boleh buat you kuat macam ‘king kong’. Ramai sudah cuba makan dan bawa balik ke Malaysia untuk dijual,” kata salah seorang peniaga kedai ubat di bandar Betong, selatan Thailand.
Wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai pelanggan ditawarkan pelbagai jenis pil rangsangan seks oleh peniaga berusia 50-an itu yang mendakwa pil dan kapsul buatan Thailand lebih hebat berbanding pil Viagra atau Cialis yang diimport dari Amerika Syarikat. 
Pemilik kedai ubat dikenali sebagai ‘Bhicai’ yang fasih berbahasa Melayu itu memaklumkan terdapat pelbagai jenis pil rangsangan seks dijual bermula dari harga Bath30 (RM3) sehingga Bath200 (RM20) sebiji. 

“Kalau datang ke Betong memang wajib beli pil kuat seks. Harga di sini memang murah dan boleh bawa balik ke Malaysia sebagai cenderahati.
Foto
BHICAI menunjukkan pil rangsangan seks dijual kepada wartawan yang didakwa mendapat sambutan pelancong Malaysia.

“Pil ini tak ada tarikh luput dan dijamin puas hati ‘lama’. Awak boleh beli banyak dan jual di Malaysia. Saya bagi harga murah pada ramai pelanggan Malaysia yang mahu buat bisnes di Kuala Lumpur,” katanya.