Pakatan Rakyat telah memutuskan PKR akan bertanding dalam pilihanraya kecil N51 Balingian yang akan diadakan pada 29 Mac nanti.Perkara ini telah menyinggung perasaan DAP Sarawak.
Harapan PKR untuk menawan kerusi ini dari BN dilihat begitu sukar kerana kawasan ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional.
Semasa majlis pengumuman calon PKR, Abd Jalil Bujang yang lepas, lambang DAP dilihat duduk ditengah-tengah, seolah-olah DAP yang akan bertanding dalam PRK tersebut bukan PKR.Ini membuktikan perpecahan sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat.
DAP berhasrat untuk meletakkan calon mereka dan telah mempersiapkan calonnya, Dr. John Brian untuk bertanding di Balingian tapi dikatakan kecewa bila status quo dikekalkan di kawasan itu dan calon PKR juga yang dinamakan sebagai calon.
Hasrat DAP dan usaha terkubur untuk meletakkan Dr. Brian sebagai calon bebas dalam pertandingan tersebut kerana campur tangan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Jentera DAP dikatakan masih tidak berpuas hati dengan ada diantaranya mengadakan program sendiri sepanjang kempen ini berlangsung tanpa melibatkan calon yang bertanding.
Ada juga laporan yang mengatakan penceramah-penceramah DAP memperlekehkan calon PKR, terutama statusnya yang beragama Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan