Khamis, 13 Mac 2014

CALON BN DI PRK BALINGIAN MENJADI TANDA TANYA ???


 Hanya tinggal 4 hari sahaja lagi penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Balingian di Sarawak akan diadakan, namun siapakah akan diketengahkan sebagai calon oleh parti masing-masing masih menjadi teka-teki.

       Menurut Adenan beberapa nama telah dikemukakan kepadanya untuk dipertimbang sebagai calon, tetapi beliau perlu berbincang dengan para pemimpin kanan BN negeri dan akan menyerahkan nama tersebut kepada Perdana Menteri dan nama calon akan di umumkan selewat-lewatnya pada hari Sabtu ini.

      Pada Pilihanraya yang lalu,kerusi Balingian dimenangi oleh Taib, dengan mengalahkan calon PKR Suriati Abdullah dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin dengan majoriti 5,154 undi dalam Pilihan Raya Umum 2013. – Bernama, 7 Mac, 2014.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan