Jumaat, 14 Mac 2014

CALON MELANAU KRISTIAN DI PRK N.51 BALINGIAN ???

Calon BN untuk PRK Balingian adalah sebaik-baiknya adalah dari kalangan kaum Melanau Kristian.
 
Penganalisis Politik Sarawak Dr. Jeniri Amir memberitahu ,di antara dua calon yang layak untuk di pilih untuk bertanding mewakili BN dalam PRK Balingian ialah Datuk Anthony Valentine Laiseh      ( Bekas Reseden Mukah ) dan  Akit Sebli ( Bekas Setiausaha Kementerian Pelancongan Negeri )  dalam Utusan Borneo

Memandangkan keadaan di sekitar Balingian - Mukah adalah kebanyakan penduduknya adalah Melanau Kristian dan masih berpegang teguh dengan adat resam  maka  calon yang dipilih adalah mereka yang senang untuk  bergaul dan tahu tentang adat resam mereka dan tahu berbahasa melanau.

 Mukah yang juga merupakan kubu BN selama 40 tahun, mempunyai 13,467 pengundi, dengan kira-kira 70 peratus daripada mereka adalah Melanau, 20 peratus Iban dan 10 peratus Cina.

 Pada 2011, BN memenangi kerusi DUN Balingian dalam pertandingan tiga penjuru, mengalahkan calon daripada PKR dan calon Bebas, dengan majoriti 5,154 undi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan