Nampaknya Jentera PR yang datang ke PRK balingian membawa isu lama.Mereka ketandusan isu dan sentiasa memainkan isu-isu lama untuk berkempem di PRK Balingian.
Situasi ini menyebabkan kurangnya sambutan daripada penduduk setempat apabila mereka mengadakan ceramah.
Kebanyakkan isu yang dibawa diputar belitkan.Rasanya pengundi di Mukah/Balingian tidak akan terpedaya dengan isu-isu yang mereka bawa.
Mungkin mereka buta mata dan buta hati mengatakan DUN Balingian ini mundur dan penduduknya miskin.Pembangunan yang selama ini dibawa oleh Kerajaan BN merupakan tanggungjawab BN kata mereka dan bukannya pembangunan.
Isu BR1M juga selalu dimainkan disetiap ceramah mereka.Pada Pilihan raya Umum yang lepas PM telah berjanji kepada rakyat akan memberi RM 1,200.00 dan sekarang rakyat hanya menerima RM650.00.Mungkin PR tidak pernah menonton TV,tidak faham apa yang telah PM kita umumkan.BR1M akan diberi berperingkat-peringat sehingga RM 1,200.00 dalam masa 5 tahun.NG harap pengundi tidak terpedaya dengan ceramah yang mereka buat.
Isu-isu lain yang mereka bawa adalah isu mantan CM Pehin Seri semasa menjadi wakil rakyat di DUN Balingian pun tidak dapat membangunkan Mukah/Balingian ,inikan pula orang baru yang tidak ada jawatan dalam Kabinet Menteri.Sekiranya calon PKR diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat ,DUN Balingian akan dihujani pembangunan.
NG harap pengundi di DUN Balingian sedar dan buka mata.Lihat sekeliling kita dan bezakan apa yang ada dulu dan sekarang.Tidak ada cara lain kita hendak membalas budi Kerajaan BN melainkan kita "UNDILAH BARISAN NSIONAL "
MASA DEPAN ANAK CUCU KITA...KITA YANG TENTUKAN...BIARLAH MEREKA HIDUP DENGAN LEBIH SELESA DAN LEBIH MAJU DARIPADA KITA SEKARANG
Bak kata perpatah " TELAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR...TELAJAK KATA/PERBUATAN BADAN BINASA '
Tiada ulasan:
Catat Ulasan