Isnin, 17 Mac 2014

BALINGIAN MAJU.........BN MEMERINTAH....

         Setelah sekian lama kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dimiliki Barisan Nasional (BN), terbukti rakyat tidak silap membuat pilihan kerana kawasan itu terus membangun.

         Bekas Pegawai Daerah Dalat, Yussibnosh Balo, 48, dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan menjadi calon BN pada PRK DUN Balingian hujung bulan ini.

         BN dijangka menghadapi pertandingan satu lawan satu menentang calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

         NG yakin dan percaya bahawa BN dapat menang mudah dengan sokongan yang baik daripada rakyat untuk memastikan pucuk pimpinan BN di Balingian dapat diteruskan.

          Kawasan Balingian khususnya telah menikmati banyak kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan semasa dipimpin oleh Taib yang telah lama berkhidmat untuk parti dan negara iaitu 33 tahun dalam pelbagai jawatan dalam parti dan kerajaan, lebih-lebih lagi menjadi wakil rakyat kawasan Mukah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian.Mukah adalah pusat bagi perkembangan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

         Taib, adalah tokoh agung yang menabur khidmat bakti cukup cemerlang dan meletakkan Sarawak sebagai antara negeri paling maju di Malaysia.



         BN berharap supaya calon BN yang diletakan dapat memenangi dan mendapat sokongan rakyat untuk memastikan pembangunan di kawasan Balingian akan lebih maju dan dapat meneruskan perancangan BN selama ini.














.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan