Ahad, 16 Mac 2014

CALON BN PRK BALINGIAN SUDAH TERJAWAB....

             Barisan Nasional (BN) memilih bekas Pegawai Daerah Dalat, Yossibnosh Balo sebagai calon untuk mewakili parti itu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada 29 Mac ini.
             Yossibnosh, 48, dipilih mewakili BN bertanding di kerusi yang dikosongkan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud kerana beliau merupakan berketurun Melanau,ramah kepada rakyat dan seorang yang baik hati,berpengalaman,mengetahui selok belok adat resam kaum melanau dan merupakan  calon terbaik berdasarkan kepada kelayakan yang  dimiliki.


              Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentabdiran Awam dengan kepujian dari Universiti Utara Malaysia (UUM), mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers di Mukah dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di SMK Binatang di Bintangor.

            Beliau pernah menjadi guru sandaran terlatih di SMK Three Rivers pada 1996, pegawai tadbir di Pejabat Daerah Simunjan, pegawai tadbir di Pejabat Daerah Matu dan Pejabat Daerah Bau serta Pegawai Daerah Dalat sehingga meletak jawatan," katanya.

Cerita selanjutnya......KLIK....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan