Khamis, 13 Mac 2014

CALON BN DI PRK N. 51 BALINGIAN DI UMUM SABTU INI...

            Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Balingian di Mukah, Sabtu ini.

             Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, berkata Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sudah pun memutuskan calon yang sesuai, namun pengumuman akan hanya dibuat Timbalan Perdana Menteri.



Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem

            N51 Balingian, kawasan pilihan raya majoriti Melanau, diisytihar kosong berikutan peletakan jawatan penyandang dan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 28 Februari lalu.

            Mukah yang juga kubu BN selama 40 tahun, mempunyai 13,366 pengundi, dengan kira-kira 70 peratus daripada mereka adalah Melanau, 20 peratus Iban dan 10 peratus Cina.

            Pada 2011, Taib memenangi kerusi DUN Balingian dalam pertandingan tiga penjuru, mengalahkan Suriati Abdullah daripada PKR dan calon Bebas, Datuk Salleh Jafaruddin dengan majoriti 5,154 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan