Pihak Pakatan Rakyat merayu kepada pengundi di Mukah supaya menyokong dan mengundi Calon PKR Tuan Haji Jalil Bin Bujang dalam pilihan raya kali ini.Calon BN telah lama menjadi wakil rakyat disini dan bagilah peluang untuk calon mereka menjadi wakil rakyat kali ini.
Sekiranya calon mereka menang...kita lihat esok akan berubah.....Sekiranya calon mereka tidak mampu berkhidmat dengan baik maka pilihlah semula calon BN pada PRN akan datang (2016).
Dalam kempen kali ini,mereka telah memainkan isu agama,kehilangan MH370,rasuah BRIM dan ketidakadilan Mahkamah yang telah menghukum Anwar.
BN semala ini tidak tulus dalam memerintah dan mengaut keuntungan untuk diri sendiri sehingga mengabaikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.Pemberian BRIM adalah satu sandiwara BN untuk memancing undi.
PKR menyeru supaya pengundi tidak lagi bodoh dan jangan diperbodohkan oleh Kerajaan hari ini.Mereka perlu bangkit untuk menentang ketidakadilan dan penindasan yang dilakukan oleh Kerajaan BN.
Pihak PKR kali ini lebih menumpukan perhatian kepada pengundi muda untuk bangkit menetang kerajaan.Mereka perlu berubah dan ubah tradisi lama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan